- Adakah korang fikir kekasih adalah segala galanya? pernah tak terfikir pada saat you all kecewa , patah hati dan memerlukan bantuan, siapa yang selalu ada disisi?
- Sesungguhnya , kekasih tidak mungkin dapat menggantikan sahabat. Adakah korang yakin kekasih korang sekarang tu adalah jodoh korang satu hari nanti ? sedangkan sahabat akan setia buat selama lamanya. Ingat kata pepatah "berkawan biarlah BERIBU , bercinta biarlah SATU" Jom kita selidik apa kelebihan sahabat berbanding kekasih.
Di hadapan makwe/pakwe korang pasti akan menjaga tingkah laku.Tapi bila dengan sahabat,tiada apa yang mahu dimalukan.Seorang sahabat pasti akan memahami dan tidak akan mengubah korang seperti mana yang dikehendakinya. kalau kat sekolah , time rehat tetiba cek poket duit takde , sahabat juga meminjamkan duit kat korang.
Open Relationship
Perlukah korang menelefon sahabat setiap hari ? setiap saat ? setiap minit ? untuk memastikan persahabatan korang kekal ? Tidak Perlu ! Seorang sahabat tidak akan bersikap progresif dan korang bebas untuk berkawan dengan siapa sahaja tanpa rasa bersalah.
Boleh Diharapkan
Selera korang dgn makwe/pakwe korang mungkin tidak sama.Lagipun, berlainan jantina.So,bila ingin minta pendapat berkaitan tips tips ,memilih pakaian yang sesuai, sahabatlah orangnya.Bahkan ketika korang ingin menumpang bahu untuk menangis pun boleh ! bukan tu je , lap hingus pun boleh !
Korang tak perlu risau sebarang agenda yang tersembunyi bila sahabat berlaku baik dgn korang.Seorang sahabat tidak akan berbuat baik kerana kepentingan tertentu atau sekadar menjaga hati. Walau apa pun, mereka akan tetap berada di sisi korang dan mengatakan apa yang sepatutnya walaupun korang tidak pernah dengar.
Tidak perlu menunggu hari lahir atau perayaan tertentu , kalau dengan sahabat pasti ada saja aktiviti nak dilakukan. Kadang kadang tak menentu, ada yang dirancang , ada pula yang tiba tiba. Macam mencuba makanann di restoran yang baru dibuka atau jualan gudang yang hanya berlangsung sehari.
Memahami Keadaan
Disebabkan terlalu lama bersama, jadi sahabatlah yang akan lebih memahami korang berbanding pakwe/makwe. Seorang sahabat juga takkan tersinggung jika korang meminta waktu untuk bersendirian dan takkan sesekali memaksa korang meluahkan masalah jika tidak mampu.
Credit to : Mr.Google & Yezz!
4 comments:
Sahabat itu adalah kawan , kekasih & musuh yg paling setia.Erk???hihihi
setuju dengan semua point2 tu ! sahabat sejati susah dicari,tapi kekasih? petik jari,berderet beratur. *kalau yang ensem/cantik la.hehe.me out of list laa.hahaha*
@Cik Adieb taklah kawan tu orang yang setia musuh pulak adalah kawan paling dekat dengan kita :)
@Azieni Asari hehehe.. bukan petik jari je , petik bunga pun semua berderet macam stesen keretapi :) hahahaha..
Post a Comment