November 23, 2012

Amalan di bulan Muharram

Views
Assalamualaikum , Harini putra nak sharekan "Amalan di bulan Muharram"

Baca doa akhir tahun – Selepas waktu  Asar  hari terakhir bulan Zulhijjah (Allah akan ampunkan segala dosa-dosa yang lalu). Baca doa awal tahun -Apabila masuk waktu Maghrib hari terakhir bulan Zulhijjah (Allah akan mengutuskan dua malaikat agar kita terpelihara dari melakukan maksiat).
 10 Muharram adalah  disunatkan berpuasa.16 perkara yang sunat dilakukan pada hari yang ke 10 Muharram : 
1. Selepas waktu Asar hari yang ke 9 Muharram Ambil satu bekas yang berisi air dan dibacakan surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali (Apabila sampai bacaan kita pada ayat “Iyya kanak budu”  kita berdoa di dalam hati  tentang hajat kita – terutamanya untuk anak-anak.  Kemudian air tersebut disapukan ke muka anak-anak ataupun diberi minum. 
2. Puasa sunat pada hari 9 Muharram  (Tasua’) dan 10 Muharram (Asaura). Pahalanya adalah seperti 10 ribu kali mengerjakan haji dan 10 ribu kali mengerjakan umrah.
Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."


Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".
3. Menyapu kepala anak yatim.  Caranya ialah dari bahagian belakang kepala ke hadapan.  Allah akan mengangkat darjat kita. 
 4.  Memberi makan kepada orang yang berpuasa. Pahalanya adalah sama seperti memberi makan kepada semua umat Muhammad.
 5.  Mandi sunat.  Allah akan menghilangkan penyakit-penyakit/jauhkan dari penyakit. 
 6. Menziarahi rumah orang alim.
 7. Menziarahi orang sakit.  Sama seperti kita menziarahi seluruh anak Adam
 8. Melebihkan perbelanjaan dari hari biasa/Meluaskan nafkah keluarga. 
 9.    Bercelak mata – Boleh menghindarkan dari sakit mata
 10.   Menziarahi kaum keluarga 
 11.   Mengerat kuku 
 12.   Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1 ribu kali.  Allah akan memandang dengan belas kasihan. 
 13.   Sembahyang  sunat 4 rakaat – 2 salam  (2 rakaat x 2). (Sahaja aku sembahyang sunat mutlak 2 rakaat kerana Allah Taala) Baca surah Al-Ikhlas 15 kali bagi 1 rakaat.  Allah akan mengampunkan dosa  50 tahun yang lalu
 14.   Banyakkan bersedekah.  Allah akan menggandakan pahala 1 kepada 700. 
 15.   Beri makan/pakaian kepada fakir miskin.  Allah akan beri balasan 70 kali ganda semasa di dalam syurga. 
 16.   Berzikir  (Hasbi Allahu wanikmalwakil, nikmal maula wanikmalnasir) sebanyak 70 kali

Kalendar Islam KLIK SINI .

Bersama sama kita jadi lebih baik dan menambah pahala di bulan mulia ini

Untuk Maklumat lanjut : http://halaqah.net/


Lepas baca komen tau , Sorry kalau terkasar bahasa.

3 comments:

Salmi said...

Perkongsian yg baik.. sama2lah kita amalkan..

Singgah dan follow sini #729

Admin said...

semoga tahun ini lebih baik
daripada tahun-tahun yang sebelumnya :)

Jom join:
Segmen Blogwalking sampai lebam!

Cikgu Ma said...

tp berapa kerat jerr org buat am,alan sunat ni..tau buat bubur asyura jerrr ^_^

 
100% COPYRIGHT BY PUTRA AMIRUL
This blog fully designed by Putra Amirul (Denim Template) | Don't you dare want to copy it | Alright Reserve by Putra Amirul