November 25, 2013

Blogku Berhabuk

Views

Assalamualaikum , 
         Apa khabar semua. "blogku berhabuk" haha... memang berhabuk pun tengok jelah post terakhir putra pasal bulan puasa.
         First of all , putra nak mintak maaf kalau buat korang tertunggu tunggu post terbaru daripada putra *perasan* haha.. Sebenarnya putra sibuk dengan exam PMR and banyak benda kena buat. 
         Oh ! sebelum terlupa harituu 25/10 "ANNIVERSARY" blog putra yang 
ke-2. Yeahh ! Happy belated birthday. haha. tengok sampai anniversary blog sendiri pun telepas *kutukdirisendiri*
         Alhamdulillah , exam PMR dah habis and dapat jawab dengan baik. Hope dapat keputusan yang baik. Insyallah :) Lega gila dah habis exam kan batch 98 ? haha.. 
   Klah kalau ada masa putra updated lagi tau . *ceh dah macam menteri ayat aku* haha.. Doakan putr dapat straight's  A tautau :) 

Assalamualaikum bye. !


Lepas baca komen tau , Sorry kalau terkasar bahasa.

July 7, 2013

Ahlanwassahlan Ya Ramadhan.

Views



Assalamualaikum, Ahlan Wassalan  Ya Ramadhan.
         Alhamdulillah kita dapat berjumpa dengan Ramadhan lagi sekali. Putra tak sabar nak puasa nih. Kalau ikut  kalendar  Insyallah hari Rabu ni puasa. Can’t wait.
         Putra nak kongsi sikit tentang Ramadhan ni sebelum masuk bulan Ramadhan :

 

Perkara  yang dianjurkan ketika Ramadhan :
 Solat tarawih dan solat witir
 memperbanyakkan sedekah dan amal jariah lain
 perbanyakkan mohon keampunan dan kebaikan
 Membaca Al-Quran dan berzikir
 Menyegerakan berbuka puasa apabila masuk waktu marghrib dan membaca doa sebelum berbuka


Perkara yang boleh membatalkan puasa :
 Berniat berbuka puasa sebelum waktunya
 Muntah dengan sengaja
 Makan dan minum pada waktu siang dengan sengaja

Perkara dilakukan tanpa membatalkan puasa :
 Memberus gigi pada waktu siang
 Memakai wangi wangian
 Mandi
 Berubat dengan ubat halal yang tidak dimasukkan ke dalam tubuh
       
           Putra mengambil kesempatan ni untuk mengucapkan Selamat Berpuasa  jangan ponteng puasa tau . hehe.. Bagi mangsa mangsa PMR dan SPM sekalian berdoa lah pada bulan ni sebab kan bulan ni doa mujarab tetapi kena lah ikhlas insyallah akan termakbul. Renung renungkan dan selamat berpuasa. Haha. ^^



Lepas baca komen tau , Sorry kalau terkasar bahasa.

June 6, 2013

6 Jenis Pujian yang tidak disukai oleh lelaki

Views



Assalamualaikum and hye guys.
      Amacam cuti 2 minggu ? puas ? korang gi mana masa cuti ? putra balik kampung kat kedah je kut. bosan so tengah malam ni putra nak update pasal "6 Jenis Pujian yang tidak disukai oleh lelaki" Apakah ? baca sampai habis dan jangan lupa bagi komen tau.

It is more difficult to praise rightly than to blame

"Terima kasih sebab sudi membantu, tak mengapalah, biar saya saja yang buat"
      kalau di suatu masa kaum adam datang rajin untuk membantu kaum hawa ni elakkan untuk berkata begitu. Memanglah ada perkara yang memang ternyata lebih cepat disiapkan kalau buat sendiri tetapi apa salahnya kalau kaum adam nak bermesra dengan anda kan ?

"Tak sangka you pandai baiki laptop yang rosak nih"
       Di lubuk hati kaum hawa tiada sebarang niat untuk menyakiti hatinya selain daripada memberi tahu betapa hebatnya kaum adam ini mampu memperbaiki sesuatu tanpa bantuan pakar. Tapi penerimaan kaum adam pula mungkin sebaliknya.

"You tahu tak sebenarnya you lah satusatunya yang boleh i ajak berborak"
       Oppps! mungkin masuk kaum hawa ini ialah hanya dialah orang yang memahami dan dekat dengan korang. Tapi dari sudut lain kata kata ini akan membuatkan beban kepada kaum adam kerana dia menganggap yang kaum hawa ini tiada harapan untuk berkawan dan memberikan tumpuan setiap masa.


"Awak ni comellah"
        Istilah "comel" bagi kaum hawa mungkin menyenangkan, tapi tidak bagi kaum adam. Tapi inilah yang berlaku lewat sekarang apabila girls remaja terpengaruh dengan budaya "kepop". Semua benda mahu dikatanya comel, padahal bagi kaum adam istilah comel tersebut akan meleburkan sisi maskulinnya. betul ke ? Putra okay je orang cakap comel *Cehhh perasan comel je kau* hehe..

"Sebenarnya hadiah yang you bagi ni kurang sesuai dengan i. Tapi takpelah..TQ"
         Walaupun hadiah tu girls tak minat tapi janganlah cakap begitu rupa. tak baik bah kalau begitu berdosa besar itu bah. *kecek sabah*

"I suka perut buncit you nampak cute sangat"
          Mungkin bagi girls pernyataan ni mungkin untuk menyedapkan hati dan memberikan keyakinan kepada diri kaum adam ini. But please take care boys pun ada perasaan! cewah.




Sumber : Majalah Yezz  , June 2013. mls 106-107



Lepas baca komen tau , Sorry kalau terkasar bahasa.

May 9, 2013

Demam Gwiyomi Melanda Malaysia

Views


Assalamualaikum ,
       Hey guys, lama dah putra tak updated yelah busy je memanjangkan. Biasalah Mangsa PMR kenalah rajin sikit. Dengan Folio lagi dengan homework yang berlambak memang jarang sangat lah nak updated. But today putra nak kongsi cerita tentang "Demam Gwiyomi Melanda Malaysia" Sape yang taktahu Gwiyomi ni kan ? Famous doh haha xD Dah banyak artis yang dah tiru gaya gwiyomi ni. dekat Youtube belambak. Ainan Tasneem , Wawa Zainal and ramai lagi lah. type je confirm ada. 

Amacam comel tak ? . haha xD

     Haritu satu kelas dah kecoh pasal Gwiyomi nih then putra macam "Eh apa gwiyomi tu?" haha rasa macam kuno gila haha.. but last last baru tahu bila bukak youtube. Mula mula tengok memang lah like *Eee gediknya pompuan nih* haha but at last suka jugak cause lagu dia omey angat haha... Sape pandai buat Gwiyomi ? Angkat kaki. Haha nak tahu one secret tak ? Putra selalu buat gwiyomi kat umah haha. teruk kan ? hehe. 
         

     Teringin nak buat video gwiyomi ni haha. k tu tak lawak. haha ~ Jap teringin lah nak tengok kat Lyssa Faizureen buat gwiyomi. haha mesti comel ><. Nak tahu step gwiyomi ? Nah -> 
So lepas ni boleh lah buat Gwiyomi haha xD
    Klah guys , Bye Assalamualaikum. Thanks for the reading dont forget to comment kay and do follow me :) Yang ada exam Good luck kay. For 'Mangsa PMR' macam putra ni Goodluck for the mid year and do the best kay :) papai gwiyomi hehe.. ^^


Lepas baca komen tau , Sorry kalau terkasar bahasa.

April 6, 2013

Sebuah Harapan

Views
Assalamualaikum guys,
Harini nak kongsi cerita pasal "Sebuah Harapan" Harapan apa ? baca smpai habis kay :)
Harapan , Ramai orang memberikan harapan yang tinggi kepada seseorang yang lemah iaitu aku . Mampukah aku ? 
    Sebuah keluarga inginkan aku mendapat keputusan cemerlang dalam PMR tahun nih , Mampukah aku ? Harapan mereka terlampau besar bagi aku penuhi. Ayah selalu cakap "ayah dah bagi putra macam macam jadi tiba masanya untuk putra balas jasa ayah , ayah taknak apa apa pun ayah cuma nakkan kecemerlangan dari putra" Ya Allah sumpah putra cakap putra rasa bersalah sangat sangat :( 
     Lagipun duit tuition dan buku buku rujukan semua pak lang yang sponsor setiap bulan dia bagi RM250 , dia pun cakap " Pak lang nak putra dapat 8A boleh ? " Ya Allah berdosakanh aku jika tidak tunaikan permintaan mereka sedangkan mereka banyak berjasa dgnku ? :( 

Harapan bagaikan sebuah hati di dalam kaca yang beku , susah untuk di keluarkan susah lagi untuk diambil dan dapatkannya.
Ya Allah berikan aku kekuatan untuk tempuh segala ujianmu ya Allah, Besar pemintaan dan harapan mereka Ya Allah , Berikanlah semangat dan tabahkanlah hati ini. Amin :')


Lepas baca komen tau , Sorry kalau terkasar bahasa.

March 15, 2013

Perihal Sekolah

Views

Assalamualaikum guys , Harini putra nak kongsi tentang "Perihal Sekolah". By the way , Sukacita diucapkan 20 March ni birthday putra , sila sediakan hadiah yer. *buat muka x malu* Kay jangan merepek dah , scroll down :>

1. Homework Berlambak
Homework yang berlambak , Kalau cikgu masuk kelas je mesti ada homewrok dia bagi kan ? bukannya sikit banyak pulak tu. Kadang kadang mata ni dah jadi macam panda dah. Tak cukup tidur dibuatnya. Kadang kadang smpai tak larat nak buat homework so keesokkan harinya bila cikgu mintak mula lah bagi alasan macam macam. Then kenalah denda. hehe.


2. Masa Rehat yang tidak mencukupi.
Betul tak ? Haha , Serius Ohh. memang takkan cukup , sebab why ? Contohnya pukul 10.20 rehat , pukul 10.40 dah habis rehat. 20 minit je ? Dah lah dalam satu sekolah ada beribu orang bukannya satu dua , Lagipun , murid murid bukannya nak beratur , diaorang main rempuh merempuh dah macam main rugby dah. kalau tunggu bila makanan dah 15 minit , makan takkan 5 minit ? nak bersembang lagi ? haha ^^ 

3. Kawan yang pemalu kucing 
Contohnya , Macam gambar kat atas . pernah terjadi tak ? mesti pernah kan . hehe ^^ Kadang kadang sampai nak pegi toilet sampai 2 , 3 orang ajak berteman. taktahu lah ada apa kat tandas smpai nak pegi berteman. Pastu dah lah ajak kawan temankan , then suruh kawan yang mintak izin kat cikgu . haha ^^ malu malu unta betul. 

4. Denda Ohh Denda 
Yeah , perkara ni dah selalu sangat berlaku , cer tengok gmbar kat atas ? pernah tak cikgu denda korang buat camtu ? Putra pernah ! tapi takdelah bahasa inggeris , bahasa melayu lah. Dah banyak dah pengalaman kena denda . haha ^^ Antaranya , berdiri atas kerusi , ketuk ketampi 150 kali , lari satu padang , dan banyak lah lagi . memang tak terkira. Haha ^^ Korang camne ? mesti lagi terukkan ? haha :pp

5. Meniru Dalam Peperiksaan.
Yeah , ni pun perihal sekolah yang dah biasa dilakukan oleh murid di sekolah waktu peperiksaan sedang dijalankan . betul tak ? haha putra pun pernah. lol ^^ Antaranya macam kat gambar atas tulah . kan ? Bila cikgu pusing mulalah sesi pembahagian jawapan dijalankan dan main tukar tukar jawapan guna kalkulator. haha ^^ teruk bebonar perangai budak sekolah ni. 

Tips Nak meniru dalam Exam :  
Haha , Renung renungkan dann selamat beramal , haha. Kbye , Assalamualaikum guys. Doakan for my Piyemmar kay . 





Lepas baca komen tau , Sorry kalau terkasar bahasa.

February 14, 2013

Kasut kapcai

Views
image
Assalamualakum dan Selamat Sejahtera guys.
Yeah tengok tajuk "Kasut Kapcai" Apa tuh ? Haha meh citer meh.
    Baru sebulan sekolah kat STAR kasut sekolah dah macam apa dah patut pakai untuk alas kaki masuk jamban. haha. biasa lah "kasut kapcai" bukan cam korang kasut jenama diadora , dora the explore eh ? haha. adidas ? hmm ada ke kasut sekolah adidas ? nvm jom cerita camne kasut baru sebulan dah jadi kapcai. haha aku pun tak tahu "kapcai" tu hape main letak je . haha putra putra -.-
    
hanya gambar hiasan

Hidup dekat kampung lain , tak macam kat KL , kat Kl boleh lah van bas hntar smpai depan sekolah kalau boleh sampai depan kelas haha. but kat sini dia hantar dekat seberang jalan je . then kena naik bukit setinggi batu cave . mana tak rosak kasut ? -.- then waktu balik kena jalan dari sekolah ke pekan untuk tunggu bas sekolah -.- sakit hati tahap dewa dah. Tulah kasut sekolah leh jadi koyak sana sini. Adoyaii. 
    
    Haha , gmbar yana tu takde kena mengena kay. Then tadi ayah dah beli satu kasut cap "American Idol" eh ? All America hehe. ayah kata kalau ni pun koyak tak tahu nak cakap apa haha. putra pun tak tahu smpai bila leh tahan. Setahun ? memang tak ah . lepas ni nak pakai selipar jelah naik bukit sekolah tu :p rosak kasut aku.haha toyol bin ponti :p 



Lepas baca komen tau , Sorry kalau terkasar bahasa.

 
100% COPYRIGHT BY PUTRA AMIRUL
This blog fully designed by Putra Amirul (Denim Template) | Don't you dare want to copy it | Alright Reserve by Putra Amirul