April 6, 2013

Sebuah Harapan

Views
Assalamualaikum guys,
Harini nak kongsi cerita pasal "Sebuah Harapan" Harapan apa ? baca smpai habis kay :)
Harapan , Ramai orang memberikan harapan yang tinggi kepada seseorang yang lemah iaitu aku . Mampukah aku ? 
    Sebuah keluarga inginkan aku mendapat keputusan cemerlang dalam PMR tahun nih , Mampukah aku ? Harapan mereka terlampau besar bagi aku penuhi. Ayah selalu cakap "ayah dah bagi putra macam macam jadi tiba masanya untuk putra balas jasa ayah , ayah taknak apa apa pun ayah cuma nakkan kecemerlangan dari putra" Ya Allah sumpah putra cakap putra rasa bersalah sangat sangat :( 
     Lagipun duit tuition dan buku buku rujukan semua pak lang yang sponsor setiap bulan dia bagi RM250 , dia pun cakap " Pak lang nak putra dapat 8A boleh ? " Ya Allah berdosakanh aku jika tidak tunaikan permintaan mereka sedangkan mereka banyak berjasa dgnku ? :( 

Harapan bagaikan sebuah hati di dalam kaca yang beku , susah untuk di keluarkan susah lagi untuk diambil dan dapatkannya.
Ya Allah berikan aku kekuatan untuk tempuh segala ujianmu ya Allah, Besar pemintaan dan harapan mereka Ya Allah , Berikanlah semangat dan tabahkanlah hati ini. Amin :')


Lepas baca komen tau , Sorry kalau terkasar bahasa.

March 15, 2013

Perihal Sekolah

Views

Assalamualaikum guys , Harini putra nak kongsi tentang "Perihal Sekolah". By the way , Sukacita diucapkan 20 March ni birthday putra , sila sediakan hadiah yer. *buat muka x malu* Kay jangan merepek dah , scroll down :>

1. Homework Berlambak
Homework yang berlambak , Kalau cikgu masuk kelas je mesti ada homewrok dia bagi kan ? bukannya sikit banyak pulak tu. Kadang kadang mata ni dah jadi macam panda dah. Tak cukup tidur dibuatnya. Kadang kadang smpai tak larat nak buat homework so keesokkan harinya bila cikgu mintak mula lah bagi alasan macam macam. Then kenalah denda. hehe.


2. Masa Rehat yang tidak mencukupi.
Betul tak ? Haha , Serius Ohh. memang takkan cukup , sebab why ? Contohnya pukul 10.20 rehat , pukul 10.40 dah habis rehat. 20 minit je ? Dah lah dalam satu sekolah ada beribu orang bukannya satu dua , Lagipun , murid murid bukannya nak beratur , diaorang main rempuh merempuh dah macam main rugby dah. kalau tunggu bila makanan dah 15 minit , makan takkan 5 minit ? nak bersembang lagi ? haha ^^ 

3. Kawan yang pemalu kucing 
Contohnya , Macam gambar kat atas . pernah terjadi tak ? mesti pernah kan . hehe ^^ Kadang kadang sampai nak pegi toilet sampai 2 , 3 orang ajak berteman. taktahu lah ada apa kat tandas smpai nak pegi berteman. Pastu dah lah ajak kawan temankan , then suruh kawan yang mintak izin kat cikgu . haha ^^ malu malu unta betul. 

4. Denda Ohh Denda 
Yeah , perkara ni dah selalu sangat berlaku , cer tengok gmbar kat atas ? pernah tak cikgu denda korang buat camtu ? Putra pernah ! tapi takdelah bahasa inggeris , bahasa melayu lah. Dah banyak dah pengalaman kena denda . haha ^^ Antaranya , berdiri atas kerusi , ketuk ketampi 150 kali , lari satu padang , dan banyak lah lagi . memang tak terkira. Haha ^^ Korang camne ? mesti lagi terukkan ? haha :pp

5. Meniru Dalam Peperiksaan.
Yeah , ni pun perihal sekolah yang dah biasa dilakukan oleh murid di sekolah waktu peperiksaan sedang dijalankan . betul tak ? haha putra pun pernah. lol ^^ Antaranya macam kat gambar atas tulah . kan ? Bila cikgu pusing mulalah sesi pembahagian jawapan dijalankan dan main tukar tukar jawapan guna kalkulator. haha ^^ teruk bebonar perangai budak sekolah ni. 

Tips Nak meniru dalam Exam :  
Haha , Renung renungkan dann selamat beramal , haha. Kbye , Assalamualaikum guys. Doakan for my Piyemmar kay . 





Lepas baca komen tau , Sorry kalau terkasar bahasa.

 
100% COPYRIGHT BY PUTRA AMIRUL
This blog fully designed by Putra Amirul (Denim Template) | Don't you dare want to copy it | Alright Reserve by Putra Amirul